Monday, October 19, 2009

Pertemuan Itu... Part 1

Jumaat- 16 Oktober 2009

Ermm.. bosannya hari nie, member-member umah semua plan nak balik.. Maklum la, cuti Depavali... Amy, Harris ngan sorang dua lagi...

Yang tinggal... Aku, Ijat, Diddy ngan John je la. Ijat skung dah makin busy.(busy ngan keter honda yg baru amik kat Temerloh seminggu lepas) John plak kerja siang malam (sampai dah tak kenal matahari lagi dah). Tinggalnya, aku ngan Diddy je la kat umah...

Kebetulan plak Herry datang umah hari nie. Cuma datang nak amik barang-barang dia... maklum la dia dah keja tempat lain, lagi plak ada housemate baru masuk... jadinya, kena la utamakan housemate baru tu... (rumah company la katakan)... Diajaknya aku g umah dia, segan plak aku... dia pon belum sembuh ag, kang skali ngan aku mati kutu kat umah dia... hehe. Lagi pon, aku tak nak la menyusahkan Herry tu... tapi, kalau dia sihat, aku g je kot...(lalu, pelawaannya aku tolak"dengan berhemah") lalala.

Petang tu... (ada la dalam pukul 6.++)

"kring! kring! kirig!"... bunyi pe plak nie... kacau tol orang tengah sedap tido.. (padahal bunyi telefon sendiri)... angkat, tapi xcakap (tertekan rasanya)...

"kring! kring! kring!"... la dia bunyi lagi.... "eh, Man call">>>> (monolog dalaman)

Zaman: "Assalamualaikum mess, E%$#^@&#%*@^# (tak ingat pe yang ditanyanya)
Aku : "Waalaikumussalam... @$^%@*^(&(@&(&(&(@7 (aku pon tak tau pe aku cakap)
Zaman:" Ingat nak ajak mess balik kampung, bleh kita turun Klang skali,lepak ngan member sana"
Aku : " Ermm... rasanya malam nie ada date... tapi, jap Mess confirm semula"

Selang beberapa minit... aku membuat panggilan...

Tuut..tuut...tuut...

zaman: "Ye mess..."
aku : "Ok Man, jadi!"...
zaman: "Ok, kitorang munggkin bertolak dari sini (Kuala Terengganu) dalam pukul 8.30 rasanya... "
aku : "Beres, nak sampai nanti cakap ek"
Zaman: " Ok"

Jam 12.00 tengah malam... Zaman sampai...dan, kami pon betolak.... lalala...

Rehat + tido +buang air+ merepek meraban kat tengah jalan..... sampai la kitorang ke kampung halaman tercinta Zaman... Batang Berjuntai... lalalala







Thursday, October 8, 2009

Adakah Selama-lamanya....???

"Harap-harap tak de la lagi persengketaan ini, da lama sangat da neh. Kalau ye pon marah, tak kan la sampai nak putus kawan." Terdetik kat hati aku nie bila dapat tau yang aku akan bersemuka ngan Dia.

" Inilah harinya, dan segalanya pasti akan berakhir dengan kegembiraan..."

"Laa.. ingatkan dah ramai yg sampai, aku gak paling awal. Tak pe, bagus gak sampai awal sebabnya yang datang lewat kena tegur yang datang awal..."


Tapi apa nak buat... berkerat rotan, berpatah arang... jawapannya ada pada Dia.

P/s Friendship never end... lalalalala

Sunday, October 4, 2009

Jahat Vs Baik...

Hidup... oh begitu banyak dugaannya... ada orang "baik". Tak kurang juga yang "jahat"nya. Tapi yang mana lebih senang, nak jadi "baik" atau nak jadi "jahat"?? Tepuk dada, tanyalah iman.

Tapi semuanya bergantung kepada individu itu sendiri. Dimana ada kemahuan disitulah jalannya. Kita tidak boleh hanya terus berserah dan meminta, usahanya kenalah ada. Bak kata orang tua dulu-dulu "kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"...

Bila seorang manusia yang asalnya "jahat" namun ia ada inisiatif untuk jadi "baik"... banyak pulak yang membuat penilaian... plastik la, ada sebab itu ini la, baik sekejap je la... macam-macam lagi lah. patotnya kita sesama Muslim, sesama Islam.. saling memberi sokongan...

Namun, sebaliknya bila orang "baik" berubah menjadi "jahat"... semuanya dilihat sebagai perkara biasa... itulah hakikat dunia...

Dunia oh dunia....

P/s: Semoga Allah sentiasa menetapkan iman dihatiku, kaum keluargaku, sahabat handaiku, serta kaum muslimin yang berada di bumu Allah ini... Amin..