Monday, June 29, 2009

Pendaftaran...

Esok pendaftaran pelajar baru (sesi Julai 2009)... penat lagi la nampaknya...
papepon.. layan je lah... da mmg tugas. hee

Friday, June 12, 2009

Durian + Puyuh

Yum yumm... dapat gak makan durian semalam... collect sorang 5 ringgit (amy, harris, kerang and aku)- Hery ikot, tp tak nak makan, dapat la makan dua bijik. Harga bleh tahan gak, 6 ringgit sekilo. Tapi dah kempunan nak makan durian punya pasal kan, mahal skit pon tak pe, asal tercapai hajat.

Kang kalau tak dapat makan takut jadi cam citer "batu belah batu bertangkup"- "batu belah batu bertangkup, makanlah aku telanlah aku"... kempunan la katakan.

Lepas pada tu plak, g makan puyuh... wat masak merah plak tu.. terangkat habes!!!

Thursday, June 11, 2009

Laksa Penang

Mmmmm yummy, sebagai org utara (kedah), tak sah la kalau aku tak makan laksa.
Dah la aku nie dok kat perantauan (kemaman), memang agak susah la nak cari laksa yang sedap macam kat utara nun.

"mess, jom g try laksa kedai bini cik amir"- amy mengajak... "sedap ke?" aku plak tanya. "belum cuba. belum tahu" amy bagi lebih penjelasan. Alang-alang dah lama tak makan laksa kan, ok gak kalau aku try.

Fuh!! alangkah indahnya bila dah jumpa laksa yang mmg sama rasanya ngan laksa utara. Bukan senang nak jumpa org terengganu yang pandai buat laksa.

Ingat kampung... nak2 plak kakak aku yg memang handal dalam buat laksa neh!!
miss u kak Na...

Wednesday, June 10, 2009

Semenjak dua menjak

Erm... entah la kenapa, kesihatan bagus, makan cukup. tapi rasa tak bertenaga dan malas sangat-sangat. Rasanya mungkin tak cukup "motivasi" kot...

Semua benda jadi malas nak buat, yang rajin pon, lepas kerja balik main PS kat umah...
paling malas nak melayan....sms. da banyak hari aku tak sms saper2... dan baru kemarin dapat panggilan dari sahabat karib (satu kampung, satu sekolah- dari darjah 1 sampai tingkatan 3)
tanya khabar- zaid. dah betunag pon dia, jangkanya bulan 11 nie. Mesti la aku kena balik nanti.

Yang paling tak boleh aku lupa buat walaupon rasa malas dan tak bersemangat adalah telefon mak kat kampung, itulah satu-satunya pengubat jiwa aku. Biasa la, mak kan... sape x sayang mak oi...
rindu kat mak nie bukan kepalang lagi la... rasa hilang la sikit gundah nie kalau dapat cakap ngan mak... tanya khabar keluarga kat kampung, citer itu ini... terubat sikit rindu nan lara ini. heee

Muahhh!!! sayang kat mak.

Tuesday, June 2, 2009

Education+ Knowledge+ Skills = Professional and Successful

Pelajaran...........> Mencipta masa depan unggul.
Pengetahuan......> Mencari jalan penyelesaian
Kemahiran.........> Membentuk sistem yang manpan

Bagi Anda????

Melompat lebih tinggi


"Melompat"... tersuratnya - satu perbuatan

Namun tersiratnya- menunjukkan bahawa kita cuba mendapatkan sesuatu yang tidak boleh dicapai dengan hanya berdiam diri/berpeluk tubuh.

Semakin tinggi kita lompat, semakin banyak yang dapat dicapai (turut disama ertikan dengan "usaha"- semakin kita berusaha, semakin banyak peluang yang kita akan peroleh.)

Dan ingat... bukan kita sahaja yang sedang melompat...