Thursday, May 28, 2009

Marcus + John Connor = Terminator Salvation

Tak pulak aku tau yg citer dah kuar semalam. Niatnya lain, tapi alang-alang citer nie dah kluar layan je la. Memang antara filem yang dinantikan pon.

Keseluruhan agak best, ala-ala "Transformers" pon ada gak- 3 (tiga) bintang

Tapi yang bestnya sebab tengok ngan kengkawan... Ahaks!!

Wednesday, May 27, 2009

Kemaman - Kuantan - Kemaman

Hari yang baik untuk bersuka ria...

Plan yang diatur Dak-dak rumah (Khu, Hu, Ej)- wat hilang skit penat dan beban kepala nie pikir pasal kerja.

Ada otak, tak der otak @ otak-otak


Setiap kali lepak je cakap pasal pengurusan.... hummmm pengurusan, pengurusan, pengurusan- Entah la....

Bkn nak cakap yang kitorang nie da tak der topik lain yang nak dikatakan, tapi bila ianya membabitkan masa depan kitorang, isu nie memang kerap kali dibangkitkan.

Biar org lain cakap yang pengalaman tu penting, tetapi bagi aku kalau semata-mata pengalaman tetapi "knowledge" kureng nak buat ape- tak der pembaharuan yang boleh dibuat- tak der inovasi dan kreativiti- masih kat tampuk lama (kuno).

Dan... ingat!! kesetian juga bkn penentu kedudukanmu wahai makhluk yang bernama manusia. Kerana hanya "knowledge"- yakni pengetahuan yang bakal menentukan siapa dirimu (manusia ataupun bukan), serta kemana hala tujumu kelak.

Jadi untuk hidup di dunia ini, gunalan otak- akal, dan bukannya dengan "otak-otak".

Tuesday, May 19, 2009

Pagi Ini....


Rasa hebat dan bersemangat, sebab cukup tidur kot. berbeza dari semalam. Sepatutnya join member aku g open interview kat Kuantan, tapi malas la plak. Bukan takot tak der peluang (mula-mula fikir cam 2 gak), sebab malas nak berasak ngan ramai orang. Open interview... tau-tau la kan...

Jadi, housemate aku yang dua orang tu je la yang g (Hery & Ijat). Diorang pon sebenarnya tengah fikir gak sama ada nak g atau pon x (sbb lambat bangun tido). Apa yang aku boleh katakan hanyalah "Good luck my friends"!!. itu pon kalau diorang g la ka... heee

Monday, May 18, 2009

Aduh!!!!


Bosannya hari nie... xtau la naper...
sampai opis tadi dah la lambat, 8.37 am... masuk-masuk , bos plak ada depan pintu...( jeng... jeng...jeng)
lalalalalala... aku buat xtau, (dlm hati cuma ingat- lantak la, bkn slalu pon aku lambat, skali skala jer..)

da tu plak terlepas Morning Talk (meeting awal pagi), da la kena bagi safety talk pagi nie...
Apa lagi, skali kena sindir dalam email opis la.

Pape pon aku terima je la... saper suruh bangun lambat-padan muka aku.

Sunday, May 17, 2009

poor,poor,and poor....

xtau la pe nak jadi, kelemahan jelas ketara tapi buat seolah-olah mata buta.
klu xkerana management, xkan jadi mcm nie...
saja nak buat org lain tertekan...
bkn nak ckp yg xbleh kerja under preasure, tp tu lah...

Friday, May 15, 2009

ada jugak....

akhirnya... ada gak blog sendiri. klu dlu mungkin xtau nak buat cam ner. 1st ingat kena bayar ke haper ke... rupanya bila da tau senang jer (mcm makan kacang gak la). da 2 plak bila da tau, sibuk la plak. keja tu keja nie. sampaikan aku naik semak ngan keja2 yang aku rasa mmg xpatot pon aku buat. bak kata member aku sorang yang da jadi cikgu skung nie, "jangan buat kerja yg bukan kerja kita melainkan ada black and white". jadi aku pon pegang la kata2 tu.. haha. skung nie da agak sikit la keja aku, jadi sempat la aku buat blog nie. boleh la jadi e-diari aku la kata kan...

bkn tu jer, bleh gak la klu2 nak cari kawan ke. mudah dan cepat. hahahaha. love internet!

one million dollar mouth

kita akan hanya mengetahui kebenaran sekiranya kita berani untuk bersuara...